Teori Membaca

Membaca adalah satu proses kognitif yang menggunakan minda bagi mendapatkan makna dari sesuatu bahan bercetak. Pembaca merupakan seseorang belajar untuk  mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau peringkat dekoding). Di samping itu,  mereka juga cuba untuk mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks). Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak berdasarkan pengalaman latar atau skema yang mereka ada (semantik). Seseorang yang membaca akan menggunakan tiga sistem kiu iaitu:


·         Kiu grafik – huruf-huruf yang tertulis
·         Kiu sintaktik – struktur bahasa
·         Kiu semantik – makna


Terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan kemahiran membaca. Antaranya seperti berikut :

1. Proses “Bottom-up
Langkah pertama adalah  mengenalpasti huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis terlebih dahulu, sama ada huruf tersebut dalam bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia pada masa kini. Contohnya seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk huruf Arab (tulisan jawi). Huruf-huruf ini kemudiannya digabungkan dalam satu sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Contohnya dalam bahasa Melayu, huruf-huruf roman ini disusun atur dalam satu sistem ejaan yang berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa tersebut. Dari kumpulan perkataan ini, pembaca akan terus memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut. Dari ayat yang terbina pula, pemerengganan  berperanan untuk memberikan maksud secara berwacana kepada pembaca. Proses ini menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat yang lengkap dari bahan yang dibacanya. Lihat Rajah dibawah .






2. Proses “Top-down
Proses kedua ialah proses top-down. Bagi melaksanakan proses ini pembaca tidak perlu mengenalpasti setiap patah perkataan yang terdapat pada bahan bercetak secara terperinci. Pembaca hanya perlu memahami bahan bacaannya secara keseluruhan terlebih dahulu. Setelah faham maksud petikan secara keseluruhan barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza dan kemudiannya mencerakin ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan sekiranya perlu. Mendapatkan maklumat secara menyeluruh merupakan keutamaan dalam proses ini. Kaitan model top down ini dengan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan Teori Pembelajaran Linguistik. Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat pada teks, namun terdapat dalam diri pembaca. Maksud petikan secara keseluruhan adalah lebih utama berbanding satu-satu perkataan yang dipaparkan dalam bahan bacaan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaksis dan semantik. Teori ini juga berpendapat bunyi atau fonik setiap patah perkataan tidak perlu dikuasai secara terperinci kerana membaca adalah satu proses membina makna dan bukan sebutan semata-mata. Lihat rajah dibawah.







3. Teori Interaktif


Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengangkat pendekatan top-down untuk memprediksikan makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar seperti yang dikatakan oleh penulis. Ertinya, kedua model tersebut terjadi secara stimultan pada saat membaca. Pengamal teori ini memandang bahawa kegiatan membaca merupakan suatu interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori itu, dijelaskan bagaimana seorang pembaca menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skemata. Kegiatan membaca adalah proses membuat hubungan yang bermaksud bahawa informasi baru dengan pengetahuan yang dimiliki sebelumnya (skemata). Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis berkaitan makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca. Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, yaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada pemikiran pembaca dalam waktu yang sama. Dalam melakukan aktiviti-aktiviti membaca, pembaca secara aktif memberi respon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca digalakkan untuk mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya. Lihat Rajah Dibawah.








4. Teori Transactinal

Model ini adalah proses yang berhubung antara transaksi diantara pembaca dengan bahan bacaan. Pembacaan seperti ini digunakan oleh seseorang pembaca untuk memahami, meneliti dan mengaplikasikannya dari bahan bacaan kepada pelaksanaanya. Proses pelaksanaan seperti ini banyak digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Lihat Rajah di bawah.







No comments:

Post a Comment