Penaksiran

         
PENAKSIRAN 

              Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperoleh seseorang pelajar bacaan setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran. Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung pada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran. Terdapat beberapa tujuan penaksiran ini dilakukan. Antara tujuannya adalah : 


 1.    Penaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Bacaan
Pentaksiran berasaskan sekolah ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Azizi (2010) menghuraikan secara terperinci peranan guru dalam PBS ini. Menurut beliau, dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
Dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini menaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.  PBS menaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Guru perlu akur dengan beberapa ciri PBS seperti mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan dan sebagainya.
Cadangan pelaksanaan PBS mula dimaklumkan kepada umum pada 2009 oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran (sekarang Pendidikan) Malaysia, semasa melancarkan Sambutan Hari Guru Ke-38 di Dewan Seri Panglima Lee Shen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah. Menurut beliau, kaedah baharu mengukur pencapaian murid ini selari dengan tranformasi sistem pendidikan yang sedang berlangsung sekarang. Mulai Januari 2011, PBS dilaksanakan dengan rasminya kepada murid tahun 1 di seluruh negara dan mulai Januari 2012 pula, pelaksanaannya diperluaskan kepada murid tingkatan 1. Konsep PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS ada 4, iaitu pentaksiran bersifat holistik, pengumpulan maklumat, pentaksiran yang seimbang, dan pentaksiran berpusatkan murid.


2.    Penaksiran Formal
Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Contohnya, Cikgu A bercadang menilai perkembangan muridnya dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi setelah 6 minggu pengajaran. Untuk tujuan tersebut, beliau memilih sebuah teks komsas yang dimiliki muridnya dan mengarahkan murinya membaca teks tersebut dari muka surat 1 hingga muka surat 50. Kemudian, murid tersebut dikehendaki menjawab 5 soalan aras aplikasi hingga aras menilai mengikut taksonomi Bloom dalam masa 1 jam. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.

2.1 Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahami bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti bagi memastikan objeltif pembelajaran di kelas bacaan tercapai.

2.2 Ciri Utama Ujian
           Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.

i.            Kesahan ujian
Kesahan ujian sebagai alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji. Contohnya, jika ujian tersebut bertujuan menentukan tahap kefahaman membaca murid berasaskan petikan puisi, keputusan daripada ujian tersebut haruslah dapat menunjukkan tahap-tahap pencapaian murid terhadap kefahaman mereka tentang puisi tersebut.

ii.            Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajarkan.

iii.            Kesahan Gagasan
Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat.

iv.            Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut. Contohnya, pada masa yang hampir sama guru juga menjalankan pentaksiran lisan untuk menguji kemahiran murid “mengutarakan pendapat dengan memberikan alasan yang sesuai”. Jika keputusan ujian lisan ini sama atau hampir sama dengan keputusan ujian kefahaman bagi murid yang sama, bermakna kriteria yang digunakan dalam ujian itu sah. Jika tidak, salah satu ujian itu kurang kesahannya.
Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut. Sebagai contoh, sejauh manakah ujian kefahaman yang diberikan kepada murid dapat menjangkakan keputusan murid semasa PMR nanti. Jika keputusannya sama atau hampir sama, bermakan ujian kefahaman yang dijalankan di sekolah mempunyai kesahan jangkaan yang tinggi.

2.      Penaksiran Tak Formal
Pentaksiran tak formal biasanya berlaku secara lebih bersahaja. Pentaksiran tak formal penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, petaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya 3 ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal. 


a
3.    Penaksiran Dan Kad Kemajuan
Setiap pentaksiran perlu direkodkan. Rekod ini penting untuk memantau perkembangan prestasi murid. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk membuat rekod pentaksiran ini. Semua kaedah merekod tersebut boleh digunakan asalkan perkembangan murid itu mudah ditaksir dan dibuat tindakan susulan, jika perlu contoh PBS  merekod yang lebih sistematik. Dalam proses merekod guru hanya perlu mencatatkan jenis evidens yang digunakan untuk menaksir prestasi murid kerana evidens mungkin lebih daripada satu jenis. Di samping jenis evidens tersebut, guru juga dikehendaki mencatatkan kaedah penyimpanan evidens yang sistematik sepertiu direkodkan dalam kad kemajuan, disimpan oleh guru atau dipulangkan kepada murid. Hal ini penting untuk rujukan dan semakan guru serta orang lain apabila diperlukan. Contoh rekod kemajuan murid untuk 3 band kemahiran membaca tingkatan 1 adalah seperti yang berikut: Semua maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian ini perlu direkodkan secara sistematik. Rekod yang kemas dan tersusun akan memudahkan guru menyemak, membuat pemulihan, pengayaan dan pelaporan kepada pihak-pihak tertentu. Guru perlu sentiasa ingat bahawa terdapat ramai pihak di dalam dan di luas sekolah yang berminat terhadap maklumat penilaian dan pentaksiran murid. Oleh itu, pengurusan maklumat penilaian dan pentaskiran murid yang profesional perlu diamalkan.

No comments:

Post a Comment